Friday 9 September 2011

Tragedi Bukit Kepong

Sekarang ini sedang heboh diperkatakan tentang siapa hero Bukit Kepong yang sebenarnya. Isu ini timbul bilamana ahli parlimen PAS Mohammed Sabu dalarm satu ceramahnya di Pulau Pinang menganggap pihak Komunis sebagai wira dan menafikan pengorbanan anggota polis Bukit Kepong. Isu ini menimbulkan kontroversi dalam negara dan sedikit sebanyak beliau telah dikecam kerana ucapannya itu. Ok la sebelum pergi lebih lanjut ini ialah sedikit maklumat tentang Bukit  kepong.
  • Berlaku pada 23 Februari 1950 jam 4.30 pagi.
  • Seramai lebih kurang 180 pengganas Komunis menyerang balai polis terbabit.
  • 25 anggota polis bertugas pada pagi tersebut mempertahankan balai polis.
  • 13 anggota polis, 6 Home Guard, 3 wanita dan seorang kanak-kanak terbunuh.
  • Di pihak Komunis dianggarkan seramai 40 orang terbunuh.
Baiklah lupakan tentang fahaman politik dan fikir secara moral. Mana-mana manusia pun dalam keadaan begini akan mempertahankan orang yang disayang. Tidak dinafikan pihak polis pada zaman itu di bawah pemerintahan British tapi bagi aku pada hari kejadian yang membuatkan mereka bertempur bersungguh-sungguh ialah kerana ingin menyelamatkan keluarga mereka. Itulah pendorong semangat mereka sama seperti pejuang-pejuang Hamas di Palestin, pejuang Iraq dan Afghanistan.

p/s: Keberanian ialah hak milik individu bukan negara atau mana-mana organisasi. Dan setiap keberanian perlulah disanjung.

*untuk mengetahui pandangan seorang bekas pegawai tentera boleh ke sini.

pasukan polis Bukit Kepong. Keberanian mereka wajar dihargai

Thursday 8 September 2011

Malang tak berbau

Dunia sukan hari ini bersedih kerana tragedi 'plane crash' yang meragut hampir kesemua pemain hoki ais pasukan Lokomotiv Yaroslavl dari Russia. Sehingga kini jumlah kematian ialah seramai 43 orang dengan dua mangsa masih dalam kritikal akibat melecur teruk. Menurut laporan Reuters pesawat malang tersebut berlepas ke Belarus untuk satu perlawanan Continental Hockey League (KHL). Sejurus selepas berlepas pesawat tersebut menjunam jatuh beberapa kilometer dari lapangan terbang di Tunoshna 150 batu utara Moscow. 


pasukan hoki ais Lokomotiv Yaroslavl


Sebenarnya tragedi dalam sukan sudah berlaku sekian lama. Di bawah disertakan antara tragedi yang pernah menggemparkan dunia sukan.


1. Munich Tragedy
Pada tahun 1958 'Busby Babes' gelaran untuk pasukan Manchester United yang dibimbing oleh Matt Busby pada ketika itu sedang dalam perjalanan pulang selepas perlawanan Piala Eropah menentang kelab Red Star Belgrade di Yugoslavia. Oleh sebab pesawat yang mereka naiki tidak mampu untuk terbang terus dari Yugoslavia ke England pesawat tersebut singgah di Munich, Jerman Uuntuk mengisi minyak. Selepas mengisi minyak pesawat terbabit cuba untuk berlepas dan gagal sebanyak dua kali lantas menimbulkan cadangan supaya mereka bermalam dahulu di sana. Walaubagaimanapun cadangan itu ditolak Captains James Thainjuruterbang pesawat dan cubaan ketiga dilakukan. Pada ketika ini cubaan tersebut berjaya namun oleh sebab salji kapal terbang itu melanggar salji lalu hilang keseimbangan. Pesawat tersebut terkial-kial untuk cuba mendarat lalu mengakibatkannya melanggar pagar lapangan terbang dan juga rumah berhampiran. Seramai 23 daripada 44 orang yang menaiki pesawat tersebut meninggal dunia.

waktu kejadian yang diabadikan di Stadium Old Trafford.

2. Kemalangan Aryton Senna




Tanggal hari pekerja 1994 tidak ramai peminat F1 menyangka mereka akan melihat kelibat jaguh dunia F1 mereka buat kali terakhir. Sebelum itu perlumbaan Grand Prix San Marino telah merabut nyawa seorang pelumba iaitu  Roland Ratzenberger dari Austria. Bermula di petak hadapan walaubagaimanpun Senna tidak dapat menghabiskan perlumbaannya. Pada selekoh tajam Tamburello di litar berkenaan kereta yang dipandu Senna terbabas lalu melanggar tembok yang mengakibatkan keretanya remuk teruk. Punca kematiannya ialah kecederaan serius di bahagian kepala di mana tengkoraknya mengalami retak. Senna dikebumikan di bandar kelahirannya Sao Paolo, Brazil dengan dihadiri ribuan peminat. Ironinya pasukan perubatan menemui sehelai bendera Austria di dalam bajunya dipercayai mahu dikibarkan Senna sebagai menghormati kematian Ratzenberger.

3. Stadium Heysel runtuh.

Pada tahun 1985 dua kelab Eropah yang hebat pada waktu itu Juventus dan Liverpool bertemu di perlawanan akhir Piala Eropah. Sekumpulan penyok ong Liverpool selepas diprovokasi oleh penyokong Juventus bertindak mencerobohi kawasan penyokong kelab Itali berkenaan walau cuba dihalang polis Belgium. Ini mengakibatkan penyokong Juventus berundur sehingga menyebabkan dinding atas stadium runtuh akibat tekanan lalu menghempap penyokong mereka sendiri. 39 maut dan lebih kurang 350 orang cedera. Akibatnya UEFA mengharamkan kelab dari England untuk menyertai kejohanan tersebut selama lima tahun. Mujurlah selepas itu FA England berjaya memujuk UEFA menarik balik pengharaman tersebut dengan membasmi gejala samseng bolasepak secara lebih serius.

mangsa stadium runtuh




Jilat ludah sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tetiba terbaca satu artikel kat sini. Artikel ni mengisahkan tentang si Alexander Duric yang bengang pasal kalah dengan Iraq tempoh hari. Dah la tu dia tuduh pulak player Iraq berlakon. Duric ni bangang jugak kan. Atau mudah lupa. Time korang datang lawan Malaysia kat Bukit Jalil tu ape mende? Tergolek sana, tergolek sini. Tup-tup kena kat korang sesedap hati je kau tuduh berlakon. Bangang bangang bangang. Tahniah Iraq sebab show the Singapore down to earth.

Alexander 'aku mudah lupa' Duric dengan trofi Oscar nye   

Sebenarnya bagi aku lakonan di atas padang ialah salah satu strategi dalam modern football kita. Jadi bagi aku walau pahit pun kalah dengan lakonan masa lawan Singapore dulu kite kene terima gak. Bagi aku sekarang antara pelakon terbaik yang aku nampak adalah Sergio Busquet. Mamat ni memang pro bab-bab rebah badan. Junior die plak aku rase Pedro. Takle kat kaki tapi sakit kat muka.

Petang ni exam ITM. Rasa-rasa InsyaAllah boleh jawab. Bab tak habis baca dalam 3-4 bab lagi. Moga-moga Allah permudahkan.

Wednesday 7 September 2011

Bogel je depan die~

Entah mengapa hari ni rasa rajin pulak nak update blog. Maybe dah datang semangat kot. Fuh aku baru lepas habis exam MOM tadi. Pasal exam tadi kan kesimpulannya aku happy la jugak sebab aku dapat jawab dengan tenang dan lancar. Walau aku tak buat banyak sangat latihan tapi aku rase berbaloi jugak aku just tengok-tengok lecture note macam tu je. Cuma macam biasa akan ada satu soalan selit sikit x leh jawab. Biar lah xde rezeki nak wat camne. Lagipun memang aku tak study chapter tu. Orang tua kate tak elok mengungkit.

                Dalam petang-petang camni teringat plak citer Hantu Bonceng. Citer ni aku tengok time raya kedua hari tu kat panggung. Sebenarnya aku tak tahu menahu pun pasal citer ni keluar bila. Time aku balik raye ari tu sepupu aku lah citer. Die kate cite ni citer lawak. Pastu ajk aku beli tiket sekali. Kitaorang pun pergi lah. Dan aku rasa bertuah lah jugak pasal aku dengar time raya kedua hari tu semua tiket habis. Bapak sedare aku pulak nasib baik dapat satu. Itu pun petang. Aku dengan sepupu aku tengok time malam.

              Boleh dikatakan cerita ni memang menaikkan mood aku la nak-nak lepas letih pergi beraya. Masuk-masuk je dah gelak dah. Paling tak boleh bla Zizan la. Tapi selain Zizan ada kawan dia jugak name die Kunyit  (Taiyuddin Bakar pelakon baru kot). Dia ni kira wing man Zizan la. Ok la cerita ni sebenarnya mengisahkan kehidupan mat rempit bernama Amran (Zizan). Time mula-mula tu lepas dia menang race macam biasa la dapat habuan. Habuan dia pulak seorang budak pompuan kampung yang datang ke bandar name die Maya (Juliana Evans). Malangnya tak sempat Zizan nak 'rasa' diorang kene langgar dengan lori. Tapi yang mati Maya je. Dan sejak hari tu lah Zizan kene kacau dengan si Maya. Tu lah asal nama Hantu Bonceng sebab budak pompuan tu mati time bonceng Zizan.

             Adengan time Zizan kena kacau dek hantu tu memang kelakar la. Bergegar panggung orang gelak. Nak-nak time Zizan bogel (off course la x tunjuk tooottt) sebab ingat nasihat nenek dia suruh bogel time jumpe hantu. Hahahaha kelakar kot. Nak-nak tengok muka Zizan time tu. Lama-kelamaan akhirnya gangguan tu hilang sebab Zizan insaf lepas jumpa Ustaz (lakonan Cat Farish). Hahaha Cat Farish jadi ustaz boleh bayang tak. Zizan ambik keputusan untuk tolong cari waris untuk Maya bagi urusan pengebumian. Sebenarnya mayat Maya tu tersimpan je kat rumah mayat tak de orang nak tuntut. Tu sebab die kacau Zizan.
                                                           time zizan bogel, muka tak leh blah

Lepas je jumpa kembar Maya, Ayu (pun Juliana Evans gak dah name pun kembar) semua jadi normal. Zizan janji nak tolong Ayu cari kerja kat KL. Dipendekkan cerita Zizan dah mula jatuh hati pada Ayu dan mula start lupakan kekasih die (Jue Aziz). Jue Aziz ni plak pelik la sebab ape si Zizan ni dah nampak cam lain je. Die pun siasat sekali die dapat tahu Zizan kene kangkang la ooops i mean kene sihir dengan nasi kangkang buatan Ayu. Jue pun ape lagi bawa Zizan jumpe Ustaz nak buang sihir tu. Jue pun dapat tahu yang Ayu ni rupanya penyebab kematian kembar die. Sekali adik lipat kakak daa. Si Ayu ni plak buat nasi kangkang sebab abang si Jue ni tak suka Zizan kapel dengan Jue. Ending die berlatar tempat di hospital. Last-last abang Jue dengan Zizan masuk hospital sebab dua-dua jatuh motor. Diorang jatuh sebab nampak si Maya lagi. Maya waktu ni dah cantik dah muka tak macam hantu dah. Kira macam nak tunjuk kat Zizan la yang die dah lupakan peristiwa kene langgar tu.

           Kesimpulannya citer ni memang best brooo. Arahan Ahmad Idham lakonan Zizan,Juliana Evans,Cat Farish, Jue Aziz memang terbaik la. Nak-nak si Cat Farish jadi ustaz nak tergelak je aku tengok. Mungkin kita perlukan Ustaz sebegini untuk mentarbiyahkan golongan remaja.

dari kiri Kunyit, Maya/Ayu, Amran


MOM

Salam sejahtera kepada semua manusia tidak kira di mana anda berada. Syukur kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di alam yang indah ini. Hari ini merupakan hari kedua aku menjalani peperiksaan akhir semester ( Final Exam la standard orang panggil). Semalam peperiksaan berjalan dengan lancar dengan Fluid Mechanics 2 sebagai muqadimah nye. Alhamdulillah aku rasa tak tertekan sangat jawab. Tidak macam semester lepas buka-buka soalan je dah gelabah. Antara persoalan yang selalu timbul dalam hati waktu final-final yang lepas ialah 'lecturer pernah ajar ke', ' eh ni soalan bab mana', dan sama jenis dengan nya lah. Tapi semalam aku dapat jawab dengan tenang sahaja. Semua soalan aku tahu dari bab mana dan tahu apa konsep nak kena pakai. Tapi ada jugak lah satu atau dua yang terpeleot sikit. Mungkin tak berapa faham lagi kot. Hehe

           Bebalik pada tajuk. Hari ini merupakan hari kedua aku menjalani final exam. Dan subjek pada hari ini ialah mechanics of machine. Mechanics of Machine ni macam core course jugak la untuk bebudak mekanikal cam aku ni. Ia menerangkan bagaimana mekanisma yang selalu kita jumpa dalam hidup kita contoh gear berfungsi. Yang jelas subjek ni merupakan subjek konsep dan praktik. Faham konsep InsyaAllah dapat la praktik.

             Antara konsep penting ialah mekanisma. Mekanisma ialah satu bentuk hantaran atau dipanggil driving untuk mencapai sesuatu objektif. Contoh macam motorsikal. Objektifnya ialah nak suruh motor tu bergerak. Dalam mencapai pergerakan tersebut bermacam-macam mekanisma terlibat mulai dari internal combustion nye lah sehingga tayar bergerak. Inilah konsep mudah tapi penting dalam MOM.

           Selain itu juga kami didedahkan dengan konsep pemidahan. Contoh begini dalam satu mekanisma ada crank dan ada slider. Crank inilah yang akan berputar untuk slider bergerak. Kami diajar bagaimana apabila crank tersebut berputar dalam certain degree maka berapa jauhkah slider itu akan bergerak. Biasanya kiteorang akan buat guna cara graphical sebab lebih mudah.Tapi kelemahan untuk cara tersebut ialah ketepatan. Maksudnya akan ada range. Berbeza dengan teknik analytical yang memerlukan pengiraan. Teknik ini agak susah tapi yang pasti kadar ketepatannya lebih tinggi. Anyway kiteorang kene mahir untuk setiap teknik tersebut.

           Sebenarnya banyak lagi konsep yang ada contoh macam velocity analysis, acceleration analysis, crank rocker design dan sebagainya. Dan boleh tahan jugak lah konsep-konsep tersebut. Apa pun diharapkan agar petang ni aku diberi ketenangan untuk menjawab soalan tersebut.

          Apa-apa pun tahniah juga kepada Argentina kerana menang dengan Nigeria 3-1. Gol-gol hasil sumbangan Higuain, Di Maria dan gol sendiri ELderson. Nigeria pula discore oleh Obasi. Ini merupakan kemenangan kedua Argentina di bawah bimbingan Alejandro Sabella. Argentina ni dah macam Chelsea plak asyik tukar-tukar jurulatih. Serius sampai sekarang aku rasa Argentina perlukan seorang jurulatih yang dinamik dan kreatif sebab ramai giler pemain best diorang. Dan paling penting ialah a good passer untuk Lionel Messi dan juga rakan serangan yang lain. Pasal ape Argentina ni diorang boleh buat terbaik lagi dari apa diorang buat sekarang.

                                Jurulatih baru Argentina Alenjandro Sabella, ada 4 caps untuk Argentina.

Tuesday 6 September 2011

Final exam starts

Salam sejahtera kepada semua. Tidak terlambat lagi buat aku untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua. Hari ini genaplah seminggu kita berhari raya. Puasa sebulan raya pun sebulan la jugok kan. Ketika sibuk berhari raya atau mebgunjungi jiran tetangga dan juga ke rumah terbuka tanpa kita sedari bermacam-macam peristiwa berlaku di sekeliling kita. Kadar kematian masih lagi tinggi di jalan raya, seorang wartawan BERNAMA menjadi korban peluru sesat di Somalia dan terbaru berpuluh-puluh kucing mati angkara manusia durjana. InsyaAllah jika ada masa akan aku tulis berdasarkan perspektif aku. Namun sekarang perspektif aku lebih tertumpu kepada Final Exam. Mulai hari ini hingga ke 12 hb september aku akan menduduki Peperiksaan Akhir Semester bagi semester kedua tahun kedua. diharapakan ilmu yang dicari ini akan berkekalan sehingga akhir hayat dan bermanfaat untuk diriku dan juga dapat dimanfaatkan untuk semua orang lain. Amin. Result kena jaga tapi yang paling penting apllication in real life. Bak kata sarjana ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah. Bersamalah kita mengejar kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Wednesday 24 August 2011

Muqadimah

Salam ramadhan yang ke 24 hari buat semua insan  di mana jua anda berada. Haha, tak ku sangka buah cempedak menjadi nangka. Mana tak nya selama ni aku tak terfikir langsung pun nak  buat blog. Selalunya aku baca blog-blog orang lain je. Tapi ini hari ada rasa lain macam sikit. Anyway i think to have a blog is another big step into my life. Diharapkan blog ini juga mampu menambah pengalaman, kenalan dan paling penting ilmu.Huhu tak tahu nak tulis apa lagi. Modal pun takde lagi. Bukan setakat modal, blog pun tak edit campur tak touch up lagi. Post ni pun lebih  kepada tujuan untuk testing-testing. Ok la nak belajar edit blog plak. Selamat berbuka kepada yang berpuasa hari ini. Terawih jangan lupa lebih-lebih lagi 10 malam terakhir ni. Ok salam.