Thursday 8 September 2011

Malang tak berbau

Dunia sukan hari ini bersedih kerana tragedi 'plane crash' yang meragut hampir kesemua pemain hoki ais pasukan Lokomotiv Yaroslavl dari Russia. Sehingga kini jumlah kematian ialah seramai 43 orang dengan dua mangsa masih dalam kritikal akibat melecur teruk. Menurut laporan Reuters pesawat malang tersebut berlepas ke Belarus untuk satu perlawanan Continental Hockey League (KHL). Sejurus selepas berlepas pesawat tersebut menjunam jatuh beberapa kilometer dari lapangan terbang di Tunoshna 150 batu utara Moscow. 


pasukan hoki ais Lokomotiv Yaroslavl


Sebenarnya tragedi dalam sukan sudah berlaku sekian lama. Di bawah disertakan antara tragedi yang pernah menggemparkan dunia sukan.


1. Munich Tragedy
Pada tahun 1958 'Busby Babes' gelaran untuk pasukan Manchester United yang dibimbing oleh Matt Busby pada ketika itu sedang dalam perjalanan pulang selepas perlawanan Piala Eropah menentang kelab Red Star Belgrade di Yugoslavia. Oleh sebab pesawat yang mereka naiki tidak mampu untuk terbang terus dari Yugoslavia ke England pesawat tersebut singgah di Munich, Jerman Uuntuk mengisi minyak. Selepas mengisi minyak pesawat terbabit cuba untuk berlepas dan gagal sebanyak dua kali lantas menimbulkan cadangan supaya mereka bermalam dahulu di sana. Walaubagaimanapun cadangan itu ditolak Captains James Thainjuruterbang pesawat dan cubaan ketiga dilakukan. Pada ketika ini cubaan tersebut berjaya namun oleh sebab salji kapal terbang itu melanggar salji lalu hilang keseimbangan. Pesawat tersebut terkial-kial untuk cuba mendarat lalu mengakibatkannya melanggar pagar lapangan terbang dan juga rumah berhampiran. Seramai 23 daripada 44 orang yang menaiki pesawat tersebut meninggal dunia.

waktu kejadian yang diabadikan di Stadium Old Trafford.

2. Kemalangan Aryton Senna




Tanggal hari pekerja 1994 tidak ramai peminat F1 menyangka mereka akan melihat kelibat jaguh dunia F1 mereka buat kali terakhir. Sebelum itu perlumbaan Grand Prix San Marino telah merabut nyawa seorang pelumba iaitu  Roland Ratzenberger dari Austria. Bermula di petak hadapan walaubagaimanpun Senna tidak dapat menghabiskan perlumbaannya. Pada selekoh tajam Tamburello di litar berkenaan kereta yang dipandu Senna terbabas lalu melanggar tembok yang mengakibatkan keretanya remuk teruk. Punca kematiannya ialah kecederaan serius di bahagian kepala di mana tengkoraknya mengalami retak. Senna dikebumikan di bandar kelahirannya Sao Paolo, Brazil dengan dihadiri ribuan peminat. Ironinya pasukan perubatan menemui sehelai bendera Austria di dalam bajunya dipercayai mahu dikibarkan Senna sebagai menghormati kematian Ratzenberger.

3. Stadium Heysel runtuh.

Pada tahun 1985 dua kelab Eropah yang hebat pada waktu itu Juventus dan Liverpool bertemu di perlawanan akhir Piala Eropah. Sekumpulan penyok ong Liverpool selepas diprovokasi oleh penyokong Juventus bertindak mencerobohi kawasan penyokong kelab Itali berkenaan walau cuba dihalang polis Belgium. Ini mengakibatkan penyokong Juventus berundur sehingga menyebabkan dinding atas stadium runtuh akibat tekanan lalu menghempap penyokong mereka sendiri. 39 maut dan lebih kurang 350 orang cedera. Akibatnya UEFA mengharamkan kelab dari England untuk menyertai kejohanan tersebut selama lima tahun. Mujurlah selepas itu FA England berjaya memujuk UEFA menarik balik pengharaman tersebut dengan membasmi gejala samseng bolasepak secara lebih serius.

mangsa stadium runtuh




No comments:

Post a Comment