Friday 9 September 2011

Tragedi Bukit Kepong

Sekarang ini sedang heboh diperkatakan tentang siapa hero Bukit Kepong yang sebenarnya. Isu ini timbul bilamana ahli parlimen PAS Mohammed Sabu dalarm satu ceramahnya di Pulau Pinang menganggap pihak Komunis sebagai wira dan menafikan pengorbanan anggota polis Bukit Kepong. Isu ini menimbulkan kontroversi dalam negara dan sedikit sebanyak beliau telah dikecam kerana ucapannya itu. Ok la sebelum pergi lebih lanjut ini ialah sedikit maklumat tentang Bukit  kepong.
  • Berlaku pada 23 Februari 1950 jam 4.30 pagi.
  • Seramai lebih kurang 180 pengganas Komunis menyerang balai polis terbabit.
  • 25 anggota polis bertugas pada pagi tersebut mempertahankan balai polis.
  • 13 anggota polis, 6 Home Guard, 3 wanita dan seorang kanak-kanak terbunuh.
  • Di pihak Komunis dianggarkan seramai 40 orang terbunuh.
Baiklah lupakan tentang fahaman politik dan fikir secara moral. Mana-mana manusia pun dalam keadaan begini akan mempertahankan orang yang disayang. Tidak dinafikan pihak polis pada zaman itu di bawah pemerintahan British tapi bagi aku pada hari kejadian yang membuatkan mereka bertempur bersungguh-sungguh ialah kerana ingin menyelamatkan keluarga mereka. Itulah pendorong semangat mereka sama seperti pejuang-pejuang Hamas di Palestin, pejuang Iraq dan Afghanistan.

p/s: Keberanian ialah hak milik individu bukan negara atau mana-mana organisasi. Dan setiap keberanian perlulah disanjung.

*untuk mengetahui pandangan seorang bekas pegawai tentera boleh ke sini.

pasukan polis Bukit Kepong. Keberanian mereka wajar dihargai

No comments:

Post a Comment